Monday 7 November 2011

Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita) dengan Lirik

Renungkan dan hayati maksud video ini

bagaimana kita meraikannya??

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. 

Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.